Wednesday 29 May 2013

Tom Dalam Kenangan



ASSALAMUALAIKUM








Tom..
Hampir setahun kau pergi tinggalkan kami..tapi kenangan bersamamu tak pernah pudar dalam ingatan.. kami jaga Tom ni sejak kecil lagi..mulanya incek hubby jumpa di kawasan perumahannya, masa tu kami belom kahwin lagi.. then lepas kahwin incek hubby bawak tinggal bersama kami.. see.. baru kawen kami dah dianugerahkan "anak" yg sgt comel ini... alhamdulillah... ;)

Menjaga Tom sangat mudah.. dia sangat mendengar kata.. tak pernah berak atau kencing merata.. cuma bila makin dewasa Tom mulai tak suka duduk di rumah.. sering merayap mencari kucing betina.. rasanya dah banyak kucing betina jadi mangsa rogolnya.. hihi.. tapi biasalah nama pun kucing jantan kan..

Tom sering juga bergaduh dengan kucing2 jantan lain.. luka di badannya tak payah cakap la, memang sentiasa ada.. dan tugas kami jugalah yg sapu ubat pada lukanya itu.. hinggalah satu hari masa aku pulang kerja, Tom tiada.. puas kami cari... tiba2 aku lihat kelibat Tom melangkah lesu ke arah ku.. dan akhirnya rebah..

Incek hubby periksa keadaan Tom.. kata incek hubby dia luka parah!! kami syak dia diserang anjing liar.. dan pada firasat kami mungkin anjing tu lebih dari seekor! aku tak sanggup nak tengok keadaan Tom.. akhirnya tanpa sempat kami berbuat apa2, Tom menghembuskan nafasnya yg terakhir. aku hanya mampu memangis dari jauh.. sebab aku memang tak sanggup nak tengok.. hati aku sakit, pedih!!

Masa Tom bertarung dengan nyawa, incek hubby ada di sisi Tom.. aku tahu kematian Tom lebih meninggalkan kesan di hatinya.. dia yg mula-mula menjaga Tom dulu.. dan Tom lebih mengenali incek hubby aku sebagai tuan yg menjaga dan merawatnya., berbanding aku..kami dapat bersama-sama dengan Tom hanya dalam tempoh 2 tahun saja.. namun hingga kini tak sedikit pun kami melupakannya.. 

Kini.. kami ada membela seekor lagi kucing bulu yg sama macam Tom.. kami namakan Doraemon (Momon). disebabkan aku tak nak perkara yg sama terjadi pada Momon, aku tak pernah sekali pun membiarkan Momon keluar rumah walaupun Momon meronta-ronta ingin keluar..bukan aku nak sekat kebebasannya tapi aku tak nak nasibnya sama macam Tom kelak..






Tom masa zaman budak2.. kuat main..






Tom masa zaman taikonya... kuat gadoh..




Bersemadilah dikau di sana dengan tenang... Sampai bila-bila Tom tetap dalam ingatan kami.... 


Tuesday 28 May 2013

Sebab Rasulullah Sayangkan Kucing


ASSALAMMUALAIKUM




Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukanlah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yg buta baca & tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, bukan najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis???

Pada kulit kucing terdapat otot yg berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yg runcing. Benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yg jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yg paling canggih, permukaannya yg kasar boleh membuang bulu2 mati & membersihkan bulu2 yg tersisa di badannya...

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing & berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut & ekor. Pada bahagian2 tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian2 khusus. Terus diambil juga cairan khusus yg ada pada dinding dalam mulut & lidahnya. Hasil yg didapati adalah :

1. Hasil yg diambil dari kulit luar tenyata negatif kuman (tiada kuman), meskipun dilakukan ber-ulang2 kali...

2. Perbandingan yg ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yg diambil dari dinding mulut...

3. Cairan yg diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif kuman...

4. Hanya sekali sahaja kuman yg ditemui semasa proses penyelidikan & kuman itu termasuk dalam kumpulan kuman yg dianggap sebagai kuman biasa yg berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti enterobacter, streptococcus & taphylococcus. Jumlahnya kurang dari 50 ribu pertumbuhan...

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yg beragam...

Berbagai sumber yg dapat dipercayai & hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman & mikroba. Air liurnya bersih & membersihkan...




Komen para doktor yg pakar dalam bidang kuman...

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. SubhanAllah!!!

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yg paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Inilah sebabnya jika terkena air liur anjing harus dibasuh dengan tanah)...

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai agen pembersih yg bemama lysozyme...

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yg sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur & tidak dekat2 dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yg menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing...

Tetapi ketika sebahagian doktor & percubaan yg telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan & ia lebih bersih daripada manusia...




Peristiwa yg berlaku kepada Rasulullah SAW & sahabatnya...

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk berwudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yg ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum...
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu bukan najis. Ia binatang yg suka berkeliaran di rumah,” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, & Ibnu Majah)
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan & Anas yg menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang & menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar & ibunya yg menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa mengenai bubur tersebut... 
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit demi sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yg disentuh kucing & Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhu dari sisa jilatan kucing (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq & Al-Daruquthni)
Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW yg buta baca & tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yg baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad SAW sejak 1500 tahun yang lalu...


Sumber : 1malaysianews

Sunday 26 May 2013

Pengenalan Blog Si Pencinta Kucing


ASSALAMUALAIKUM...






Alhamdulillah.. akhirnya terbina sebuah lagi blog milik aku. blog ini dibina khususnya buat semua pencinta kucing seperti aku. (yg tak suka kucing pun boleh baca kalo nak) . di sini aku nak kongsikan perihal haiwan kesayangan nabi ni.. aku tahu ramai yg sayang dan kasihkan kucing.. ada juga yg alah dan tak suka pada kucing.. tak suka takpe ye.. tapi tolong jangan menyakiti mereka.. kalau terjumpa dgn mana2 kucing jalanan, apa la salahnya beri mereka makan.. biarpun hanya sisa kalian, pada mereka itu pun dah cukup memadai.. ingat ye pesan aku.. kasihanilah mereka... T_T

Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada kak Rose Cute yg telah sudi design 100% blog ini..   tapi belom siap sepenuhnya lagi tau.. apa2pun setakat ni aku suka dgn hasil keja kak Rose ni.. thanks a lot..! ok utk blog ni, tema yg aku pilih adalah purple + peach.. cantik tak kombinasi warna ni? hihi.. ok la itu je buat masa ni.. aku rasa mcm skema la pulak ayat aku dlm blog ni. haha.. enjoy dgn penulisan dlm blog ni ye.. jgn lupa follow kalo suka.. tak suka tak apa.. tak paksa.. huhu.. owh ye, blog Mrs Erry Bercerita tetap menjadi blog utama.. terima kasih sudi singgah.. ^_^



psstt... kak Rose bikin blog ni guna idea sendiri tau.. header pun...dan aku terima seadanya...  =)


Tuesday 21 May 2013

sajer2 post...

welcome....