Thursday 27 June 2013

Hai, Nama Saya Sizuka.. Inilah Kisah Saya...


ASSALAMUALAIKUM








Hai , nama saya Sizuka.. sayalah pengganti Sizuka yg dulu ... tapi saya ni agak nakal.. mama dan papa saya pun dah tak tahu nak marah saya macam mana lagi.. saya memang terlalu nakal.. hihi.. tapi saya tahu mama dan papa saya sayangkan saya. oh ye, mama dan papa saya itu adalah tuan yg merawat saya. ;)

Saya dulunya adalah anak kucing jalanan.. ketika itu saya merayau mencari arah haluan.. saya sendiri tak pasti ke mana kaki saya harus melangkah..saya terpisah dgn ibu saya gara2 manusia yg tidak berperikemanusiaan.. saya juga tiada tempat berteduh , makanan saya cumalah sisa2 makanan yg saya jumpa di tempat pembuangan sampah. saya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Suatu malam, saya ternampak seekor kucing berwarna oren sedang menikmati makanan di suatu sudut tempat pembuangan sampah, saya kira dia adalah kucing jalanan seperti saya. lalu saya mendekatinya, ketika itu dia sudah selesai menjamah rezekinya dan berlalu dari situ. saya dalam kelaparan segera menghabiskan sisa2 makanan yg tertinggal. itu pun setakat celah gigi saja.

Ketika saya leka menjilat sisa makanan itu, kelihatan seorang lelaki sedang melintas di belakang saya, lalu lelaki itu menghentikan langkahnya di situ sambil mata memandang tepat ke arah saya. saya diusap manja olehnya. lalu saya didukung dan dia membawa saya ke satu tempat yg asing buat saya. saya kira itulah tempat kediaman lelaki tersebut.

Saya dibawa masuk ke rumahnya dan dia menunjukkan saya kepada seorang wanita.. wanita itu pula menyambut dan mendukung saya. kemudian saya diletakkan saya berdekatan dgn seekor ibu kucing. saya ketakutan bila ibu kucing itu menuju ke arah saya. saya bimbang dia akan memarahi saya. tapi sebaliknya pula yg berlaku.. ibu kucing itu menjilat saya seolah-olah saya adalah anaknya.

Kemudian saya diberi makan yg enak2. saya sangat gembira dapat merasa makanan yg enak dan banyak seperti itu.. di luar sana saya tak pernah merasainya.. sejak dari itu, saya dipelihara oleh mereka.. mereka memanggil saya Sizuka.. ya.. sayalah Sizuka pengganti Sizuka anak ibu kucing yg mati dulu. saya kini dah jadi anak angkat ibu kucing tersebut. bahagianya saya bukan kepalang.. =)







inilah dia ibu angkat saya.. namanya Omey. oh ye, saya juga manja dgn Momon iaitu bapa kepada Sizuka yg dulu. Momon kini bapa angkat saya. ;)




mama dan wanita itu aku.
papa dan lelaki itu incek hubby ku.


gaya cerita sekadar suka2 tapi ia berdasarkan kisah benar. kucing berwarna oren tu juga wujud. nanti aku cerita tentang kucing tu pulak.



Monday 17 June 2013

Header Baru Blog Si Pencinta Kucing


ASSALAMUALAIKUM





Yeay.. tak sangka kak Rose buatkan header baru utk aku. baru sebulan jagung kot aku resmikan header yg seblm ni.. lagi pun blog ni pun masih baru kan.. haha.. apa-apa pun terima kasih banyak yer kak Rose.. deqla suka.. header yg seblm ni pun deqla suka.. dua2 pun comel.. header yg seblm ni korang boleh tengok di sini. =)



psstt.. rasa mcm teringin nak tukar wajah baru blog utama aku jugak la.. suka dgn hasil keja kak Rose ni.. hihi.. tapi syg jugak nak tukar.. haha.. camne tu ?? ;p


Sunday 2 June 2013

20 Fakta Tentang Kucing



ASSALAMMUALAIKUM



1. Haiwan peliharaan boleh dimandulkan atas sebab kebajikannya dan masyarakat berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu “bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.”

2. Kedua-dua kucing dan manusia mempunyai kawasan sama pada otak yang mengawal emosi.

3. Kucing mempunyai 230 tulang dan 500 otot rangka, berbanding manusia dengan 206 tulang dan 650 otot rangka.

4. Tulang selangka kucing tertanam pada otot di bahagian bahu, membolehkannya melepasi mana-mana bukaan sebesar saiz kepalanya.

5. Pendengaran kucing jauh lebih sensitif iaitu ia boleh mendengar sehing­ga 65 khz (kilohertz), berbanding manusia dan anjing. Pendengaran manusia terhenti pada 20 khz.

6. Kucing boleh melihat enam kali lebih tajam pada waktu malam berbanding manusia dan hanya memerlukan satu per enam daripada cahaya yang diperlukan manusia. Luas pandangannya adalah 200 darjah.

7. Kucing berbulu putih suci dan bermata biru selalunya pekak.

8. Sepuluh peratus daripada tulang kucing berada pada ekornya dan ia digunakan untuk mengimbangi tubuhnya.

9. Kucing tidak sukakan bauan limau.

10. Kucing menggunakan misainya untuk menjangka jarak dan mengesan perubahan kecil dalam tekanan udara.

11. Kucing terdiri daripada pelbagai jenis baka antaranya Polydactyl, American Curl, American Wirehair, Asian Semi-Longhair, Bambino, Munchkin, Bombay, Sphynx, Ragdoll, Turkish Van, Abyssinian, Birma, Siam, Parsi, Norwegian, Maine Coon, Aegean, American Bobtail, Brazilian Shorthair, British Shorthair, British Longhair dan Burmilia.

12. Kucing minum air menggunakan bahagian bawah lidahnya.

13. Kucing berjalan di atas jarinya. Ia juga boleh melompat lima kali ganda daripada ketinggiannya.

14. Kajian sains mendapati, perbuatan membelai kucing boleh menurunkan tekanan darah tinggi seseorang.

15. Kucing juga didapati memberi tindak balas lebih baik kepada wanita berbanding lelaki, kemungkinan disebabkan wanita mempunyai suara lebih nyaring.

16. Kucing berjari enam biasa terdapat di Boston dan Massachusetts, Amerika Syarikat.

17. Pada Perang Dunia Pertama, kucing tinggal bersama askar di dalam khemah dengan tugasnya membunuh tikus.

18. Masyarakat Mesir Purba menganggap kucing haiwan suci dan dan patung kucing yang mereka bina adalah berdasarkan kucing daripada baka Abyssinian.

19. Kucing tidak terdapat dalam zodiak Cina tetapi wujud dalam zodiak orang Vietnam.

20. Kucing betina sa­ngat subur dan ia bermakna setiap anak kucing yang ada boleh mempunyai bapa yang berbeza.


credit : myMetro





psstt.. ini Momon.. memula keluar rumah takot2.. tapi sekarang dah berani kononnya.. haii la si kucing jantan.. tapi aku takkan benarkan dia keluar lagi.. macam2 boleh jadi kat luar sana tu.. huhu